Device WiFi tidak dikesan - fadzl (greenfrog1004@gmail.com)

    Sekali lagi maslah berkaitan device wireless network dalam Ubuntu Hardy. Mungkin ini akan berubah pada versi 8.10 Intepid Ibex dan ada kalanya menjadi satu platform untuk pengguna Ubuntu belajar bagaimana menggunakan Linux dengan lebih menarik (pastinya melalui Terminal..hehe). Seperti permintaan fadzL melalui email rasmi laman ini, saya akan menerangkan bagaimana langkah install driver Atheros AR242x yang sedia dibekalkan dalam laptop model Acer 4520.

  • Buka Snaptic Package Installer (Setting>Administrator>Snaptic) , cari pakej berlabel 'ndiswrapper' atau lebih mudah klik 'Search' untuk mencari pakej.

GRUB Hilang - absaif77@yahoo.com

    Kehilangan grub menjadi masalah besar kepada pengguna Ubuntu kerana kehilangan pilihan akses antara Ubuntu dan sistem pengoperasian yang lain. Bagi grub yang rosak pula menjadi satu masalah kerana anda pastinya tidak dapat mengakses masuk mana-mana sistem pengoperasian baik Ubuntu atau yang lain. Jadi, adakah grub yang hilang dapat diatasi? Setelah merujuk kepada beberapa sumber, dan saya sendiri telah mencuba sendiri, mungkin langkah ini dapat membantu anda, khususnya kepada pengirim email yang menghantarkan masalah ini (absaif77). Langkah-langkahnya seperti berikut:-

  • Gunakan LiveCD Ubuntu anda bagi yang tidak boleh akses masuk Ubuntu
  • Buka terminal anda (Talian Internet tidak diperlukan)
  • Masukkan command :- sudo grub
  • Terminal akan muncul dengan pangkalan "grub>"
  • Masukkan command :- find /boot/grub/stage1
  • Command diatas akan merujuk kepada bilangan OS anda. Jika anda menggunakan 2 OS, secara automatik grub akan membalas command anda dengan 2 barisan.
  • Masih dalam grub, masukkan pula command :- root (hd?,?). Ini adalah untuk mengenalpasti antara partition cakera keras anda yang mempunyai OS.
  • Jika grub membalas (hd0,1), anda masukkan pula command line yang sama kepada balasan command line yang anda berikan tadi. Sebagai contoh dalam situai ini, anda masukkan ke grub :- (hd0,1)
  • Selepas anda memasukkan command line tersebut, anda masukkan pula command :- setup (hd0), merujuk kepada nama partition anda seperti langkah ke-8. Jika (hd0,1), anda masukkan (hd0) pada command line setup grub tersebut.
  • Akhir sekali, masukkan command :- quit. Jika perlu anda mencuba sama ada grub sudah terinstall atau tidak, cuba restart komputer anda. -UbuntuSeekers-

P/S : Agak berserabut sikit ayatnye sebab kepala tngah berserabut dok ngadap subjek kat kolej


Wireless Network Presario V3759TU dan NAK BUANG UBUNTU?? - absaif77@yahoo.com

Seorang lagi 'mangsa' kegagalan fungsi WiFi dalam Ubuntu 8.04 Hardy. Sepatutnya sudah lama saya menghantar partition kepada unit teknikal Ubuntu tentang masalah ini (yang saya pun tak pasti ingin melakukannya). Jadi untuk penyelesaian absaif77 adalah seperti berikut :-

WiFi Laptop Anda

  • Pastikan anda aktifkan Wireless Network anda dengan menolak switch di hadapan muncung laptop anda (mesti dah tau kan?)
  • Anda klik disini dan download fail yang sudah saya uploadkan. Pastikan anda 'letakkan' file tersebut di desktop anda untuk memudahkan kerja
  • Selepas file tu sudah selesai didownload, anda right click pada file tersebut dan klik pada label 'Extract Here'. Satu folder akan muncul berlabel Broadcom WiFi. Istal semua fail .deb dalam folder tersebut
  • Kali ini anda klik disini untuk driver wireless adapter laptop anda dan juga save pada desktop anda juga untuk memudahkan kerja. Anda juga perlu lakukan sekali lagi langkah ke tiga iaitu extract file ke desktop dari zip file tersebut
  • Buka terminal anda dan masukkan command ini :- cd /home/~username anda~/Desktop
  • Seteusnya masukkan command dibawah pula :-
    • sudo ndiswrapper -i bcmwl5.inf
    • sudo ndiswrapper -m
    • sudo ndiswrapper -mi
    • sudo ndiswrapper -ma
    • sudo reboot

Buang Ubuntu

Untuk dual boot Vista dan Ubuntu, saya tidak begitu pasti tentang cara-cara untuk membuang sistem pengoperasian (OS) Ubuntu kerana jika anda bunag Ubuntu secara manual melalui Vista (dengan memilih fail dan tekan button 'Del'), anda akan menghadapi masalah yang besar dimana grub anda akan sangkut dan anda tidak akan dapat membuka OS anda, baik Vista mahupun Ubuntu. Sebaik-baiknya anda full format partition anda dan install kembali Vista atau full install Ubuntu ke dalam laptop anda, yang amatlah saya galakkan kerana memilih Vista adalah satu kesilapan (sebabnya saya antara ahli kesatuan Anti-Vista..hehe), dan percayalah, anda amatlah rugi membuang Ubuntu dalam laptop anda..PERCAYALAH! -UbuntuSeekers-

 


D-Link WDL-G122 wireless - Linux Blog's Online

    Seems to be Hardy Heron had a major problem about wireless network either hardware or setting. For Linux Blog's Online, after refer to the result list that you've sent to my email shows that no wireless adapter found. I don't know either your adapter are found or not, but seems to be your need to be edit some text file. For the steps just follow below:-

  • Make sure the wireless adapter are connected to your computer

  • Open your terminal.

  • Enter this sudo :- sudo gedit /etc/network/interfaces

  • A text window are appear. Clear all the text on that window. Then, copy and paste the following text at that window:-


    # This file describes the network interfaces available on your system
    # and how to activate them.

    # The loopback network interface
    auto lo
    iface lo inet loopback

    # This is a list of hotpluggable network interfaces.
    # They will be activated automatically by the hotplug subsystem.


    # iface eth0 inet dhcp

    auto rausb0

    iface rausb0 inet dhcp
    pre-up ifconfig rausb0 up
    pre-up ifconfig rausb0 down
    pre-up iwconfig rausb0 essid {your ESSID}
    pre-up iwconfig rausb0 key {your WEP key}
    pre-up dhclient rausb0

  • Save it.

  • At terminal, enter sudo reboot

    For information, this step are only for D-Link WDL-G112 Wireless adapter (as been told by experts) and I can't guarantee that this solution can resolve your problem (because this step are for laptop, for PC I'm not so sure), but for Linux Blog's Online, inform if this steps are 'useless'. If anyone need resolution about your wireless problem, just leave your problem at my C-Box or email me by clicking at “Pertanyaan” tab. -UbuntuSeekers-

 

P/S for Linux Blog's Online : The last time I'm using dual boot for window are about last 1 year I guess..now just using Ubuntu all the time on my PC and Fedora Core 9 on my mainframe (that's blown just last 6 days)


apt-get, dpkg dan aptitude - PC Formula

    Sistem UNIX terdiri dari beberapa command line yang agak rumit dan adakalanya memeningkan kepala saya juga. Bagaimanapun apabila disebut tentang command untuk install sesuatu aplikasi dalam Linux, Ubuntu khasnya, saya biasanya menggunakan command head apt-get (sudo tu wajib lerr).

    Tapi apabila bercakap tentang command head apt-get, dpkg dan aptitude, sebenarnya semuanya adalah sama iaitu berfungsi untuk install aplikasi atau memuat turun aplikasi dari server Ubuntu. Perbezaan bagi setiap command head itu pula hanyalah kepenggunaannya install sahaja. Sebagai contoh, jika anda pengguna yang hanya ingin install secara terus, gunakan apt-get kerana lebih mudah dan mudah untuk diingati. Untuk amplitude pula biasanya lebih kepada installation yang lebih rumit dan juga merupakan command head untuk mereka yang lebih mahir dalam UNIX Command. Bagi dpkg pula lebih untuk memuatturun install package dari server Ubuntu dan dpkg itu asalnya ringkasan untuk download package (yang saya ada terbaca dalam buku 'Linux for Dummies'). Tapi, pendek cerita, apt-get, dpkg dan aptitude adalah sesuatu yang sama. -UbuntuSeekers-


NTFS Permission - ZamDotCom

    Ubuntu pada kebiasaannya menggunakan patrtition format ext3 yang standard dalam menyimpan file serta aplikasi Linux. Jadi, partition berformat ini tidak akan dapat dikesan oleh pengguna Windows yang hanya menggunakan format NTFS, FAT32 dan FAT. Jadi tidak hairanlah mengapa Linux terkenal dengan sistem keselamatan terbaik tanpa pengaturan sebarang setting atau aplikasi tambahan.

    Jadi, dalam masalah dari ZamDotCom, saya telah membuat beberapa rujukan yang menyeluruh melalui buku mengenai Linux sendiri. Jadi ternyata, Linux (Sistem Unix) pada dasarnya boleh membaca semua format partition yang ada dalam dunia ini. Apa yang saya nyatakan disini adalah saya sendiri menggunakan 3 cakera keras (HDD) dalam PC saya sekali gus. Jadi, sebelum saya menggunakan Ubuntu secara menyeluruh, saya pernah terfikir, "mampukah Ubuntu membaca format HDD saya yang ke-2 dan ke-3 saya?". Tapi, setelah mencubanya sendiri, ternyata Ubuntu dapat membaca format NTFS saya dengan baik sekali, bahkan saya terus membuang format NTFS XP saya melalui Ubuntu. Itu cumalah apa yang saya lalui. Jika masih tidak dapat juga, rujuk kembali kepada saya. -UbuntuSeekers-


Software Untuk Ubuntu - PC Formula

 

    Terdapat bebrapa cara untuk mendapatkan software Ubuntu dari pelbagai media. Jadi saya ada beberapa cadangan untuk anda bagaimana untuk mendapat software ubuntu dengan mudah dan ada beberapa cara yang rumit sedikit:-

  • Buka 'Software Source' anda dengan klik setting>prefrence (kalau tak silap saya), kemudian anda pergi ke tab ke-3. Di situ, pastikan anda tandakan dot dengan klik pada button yang berlabel 'blackpole software' (yang ejaannya aya kurang ingat). Buka 'Add/Remove App' pada bahagian bawah sekali 'Application'. Pastikan juga anda pilih 'All Software Available' pada popup menu di bahagian kanan atas tetingkap itu. Refresh dan anda akan dapat semua software untuk Ubuntu. Dan semuanya adalah PERCUMA.
  • Untuk penggunaan installer .deb, .tar.gz dan .tar.bz pula, anda boleh mencari dengan menggunakan enjin pencarian (tak kesah sama ada Yahoo!, Google, Live dan sebaliknya) dan pastikan belakang nama aplikasi yang anda cari disertakan 'for Ubuntu'. Ini adalah untuk menfokuskan carian software anda untuk ubuntu dan bukan umum yang biasanya hanya mengeluarkan senarai installer berformat .exe
  • Untuk carian yang lebih praktikal, cuba rujuk ke laman web Ubuntu sendiri atai cari projek Ubuntu di Launchpad (www.launchpad.net) atau cuba ke ubuntusoftware.info (untuk aplikasi Ubuntu Fiesty ke atas sahaja)

p/s: semua installation software Ubuntu perlu mempunyai sambungan internet yang stabil dan saya kini berada di kolej, tak ada buat praktikal Ubuntu di sini :)


Lagi Kegagalan Membaca/mengimbas data Live-CD - PC Formula

 Live CD ubuntu adalah satu sumber Live CD terbaik dari anda burn sendiri kerana kebiasaannya kadar burn rate adalah ditahap paling rendah. Jadi saya cuba membayangkan masalah ini (walaupun sekarang masih di kolej, tak dapat buat secara amali), ini adalah antara pendapat saya.

  • Cuba anda jalankan Live CD itu dengan mengunakan ROM/PC/laptop anda yang lain untuk memastikan data dalam CD tersebut adalah masih dalam jumlah yang sama. Jika boleh berjalan, bermaksud ROM anda mempunyai masalah dan harus diganti dengan ROM yang lebih baik.
  • Jika situasi atas tidak menjadi, anda cuba rujuk ke website teknikal Ubuntu untuk maklumat lebih lanjut. Jika tidak salah saya, mereka akan mengambil tindakan dengan mengantikan dengan CD yang lain serta merta. Atau jika anda malas untuk menunggu CD tersebut dipos ke rumah, donload saja iso file Live CD tersebut.Masa untuk download bagi Streamyx 1M Basic antara 2 jam (kadar pidah* tinggi) atau sehinga 5 jam (kadar pindah* rendah)

*kadar pindah = transfer rate (kebiasaannya mucul dalam unit kilobyte persecond atau kbps)

p/s:tak salah tanya banyak soalan, sebab memang tugas saya membantu anda :) -UbuntuSeekers-


Kegagalan Membaca/mengimbas data Live-CD - PC Formula

Saya baru sahaja menyemak segala pertanyaan melalui email dan quotebox website saya ini. Jadi di sini ada satu masalah dari pcformula (sarah kalau tak silap saya) yang menyatakan mendapat massage yang dinyakaerror 'buffer i/o on devices fd0.error'. Terdapat beberapa penyelesaian untuk masalah ini. Antaranya:-

  • Cuba cari alternatif untuk cd/dvd ROM anda kerana berkemungkinan panas atau kemampuan ROM anda bukanlah ditahap non-stop (berterusan) kerana kemampuan setiap ROM adalah berlainan
  • Untuk lebih berkesan, cuba anda burn semula ISO live cd tersebut dengan kadar (rate) burn paling rendah. Sebagai contoh jika anda mahu live cd tersebut running dalam ROM berkelajuan maksima 32X (ada lagi ke orang pakai?), settingkan sofware burning anda (sebagai contoh Nero Burning Soft.), pergi ke setting dan cari burn rate. Laras (setting) burn rate anda dari maximum speed kepada paling rendah (kalau tak silap 9X). Untuk kemampuan standart, laraskan burn rate anda kepada 16X (kalau hendak lebih cepat masa burn)

Untuk langkah pertama, cuba running live cd anda dengan pc yang lebih berkuasa. Jika live cd tersebut boleh running tetapi dalam keadaan lembap, bermaksud anda perlu menggunakan solusi nombor 2. -UbuntuSeekers-

 


Penyelesaian Untuk Anda : Sumber Penyelesaian Ubuntu Anda!!

    Andai kata anda tak tahu bagaimana hendak membuat atau menggunakan Ubuntu dengan lebih efisyen, mungkin saya boleh membantu anda. Dan memandangkan tiada lagi pertanyaan (baru je publish..memang laa tak ada yang bertanya), saya amatlah mengalu-alukan pertanyaan anda jika anda menghadapi sebarang kesulitan menggunakan Ubuntu dan saya akan cuba membantu anda dalam mnenyelesaikan masalah tersebut.

    Bagi anda yang mahir (expert laa senang cerita) juga boleh sama-sama membantu serta membetulkan kaedah penyelesaian masalah, ye la saya ni pun masih dalam peringkat penguasaan dan memerlukan panduan. Anda cuma perlu klik disini untuk mengajukan sebarang persoalan. Terima kasih (",)


One Linuzz Life
The Linux Counter - Linux User Counter

Ubuntu Linux International (Canonical Ltd)
Ubuntu LoCo Team Malaysia
Ubuntu for Malaysian
Blog Sempoi - Aku Bosan Aku Blog
All For Linux
My Linux Life
Ubuntu Seekers:Resolusi Masalah Ubuntu Anda
CO.CC:Free Domain