06/09/2008 11:57

Cabaran Hidup..

    Jelas diperkatakan dalam pepatah orang tua, hidup ini penuh cabaran dan dugaan yang akan menjadikan kita seorang manusia. Begitulah yang saya hadapi dalam sekelip masa ini.

    Setelah kegagalan domain yang dihadapi pada awal minggu yang lepas, kini saya pula menghadapi antara ujian paling getir; kehilangan telefon bimbit kesayangan yang juga hak milik ibu saya. Memanglah adat hidup di dalam satu komuniti pelajar kolej akan berlaku perkara sedemikian, akan tetapi rakan yang sepatutnya membantu hanyalah berdiam diri tanpa sebarang respon. Bukanlah meminta tetapi sebagai kawan atau sahabat, haruslah bekerjasama mencari dan menjejaki penjenayah untuk mengelak perkara yang sama berulang. Walaubagaimanapun, saya harus berterima kasih kepada saudara Amirul (senior kolej) yang banyak membantu dalam menyelesaikan pelbagai hal walaupun tertekan dengan hidup sebagai tunang orang (hehe). Secara alternatif, saya mungkin akan melakukan bacaan Yaasin dan solat hajat yang mungkin akan disertai oleh sahabat saya dari rumah lain dengan tujuan memperoleh kembali telefon tersebut serta 'melaknat' orang yang mencuri di dalam bulan puasa yang berkat ini.

    Itu baru satu. Berkaitan domain pula, saya baru-baru ini telah menaip redirect URL yang salah. Dari masalah tersebut, saya gagal membaiki redirect URL ke laman saya ini. Apa yang saya lakukan kemudian adalah tindakan yang terdesak; membuang domain tersebut dan mengaktifkan semula dengan harapan dapat digunakan seperti sebelumnya. Tetapi, semuanya salah belaka. Domain yang asalnya boleh diperolehi dinyatakan telah digunakan. Agak kebingungan saya ketika itu. Apa yang saya lakukan kemudian? Saya cuba meminta bantuan dari pegawai teknikal pembekal domain tersebut untuk mengaktifkan kembali domain ini. Email yang dihantar akhirnya bejaya mendapat perhatian dan kini domain ini kembali berfungsi sedia kala. Juka tidak, terpaksalah menunggu sehingga 2 minggu untuk menanti pengaktifannya. Terima kasih kepada Co.cc kerana menyediakan perkhidmatan terbaik dengan hanya RM0. Anda juga boleh mendapatkan redirect domain (iaitu domain yang akan 'dipantulkan' ke URL blog/website asal anda) secara percuma melalui servis Co.cc ini dengan hanya melayari ke www.co.cc

    

—————

Back