Ubuntu 8.10 vs Ubuntu 9.04 (Boot Time Drag Race)

Saya baru saja naiktaraf versi Ubuntu kawan saya yang asalnya menggunakan Ubuntu Intrepid (8.10) ke 9.04 Jaunty Jackalope. Dan sedang upgrade, saya terngiang-ngiang dengan satu quotation yang popular tentang versi Jaunty, iaitu "versi Ubuntu 9.04 ini mempunyai kemampuan masa boot paling pantas iaitu 20 saat!". Jadi, apa yang saya lakukan adalah merakam video boot time kedua-dua distro ini secara serentak. Jom lihat macam mana hasilnya selepas saya muatnaik video ini melalui YouTube:-

Anda abaikan saja audio untuk video ini..hehe. Untuk makluman anda, saya lewat menghidupkan laptop yang siap naiktaraf Ubuntu 9.04 BETA (laptop sebelah kanan) dan nampaknya, laptop yang siap install Ubuntu 8.10 pun gagal menyaingi boot time Ubuntu 9.04. Satu inovasi yang amat memberangsangkan bagi pengguna yang mahukan kepantasan dalam memulakan sesuatu sistem pengoperasian.

Bagaimana pula kalau saya pertandingkan dengan boot time Windows 7? Saya banyak terbaca tentang "lajunya" boot time untuk versi Windows ini.Persoalannya sekarang, adakah dapat menyaingi Ubuntu 9.04 BETA? Jawapannya, saya sudah sediakan rakaman dibawah ini:-

Saya yang merupakan antara beta tester untuk Windows 7 ini amatlah terpegun dengan kemampuan boot time Ubuntu ni. Bagaimana pula dengan anda?


Laman Rasmi Linux Varsiti

    Rasanya ramai nak tau apa update Linux Varsiti ni. Jadi, dengan jasa baik JomLinux (domain), Zul MelayUbuntu (hosting), dan Syah (CMS dan design), kini sudah muncul laman rasmi Linux Varsiti. Setakat ini cuma beberapa maklumat dan artikel yang perlu dimasukkan (tugas sayalah tu), dan setakat ni, saya dapat menaikkan beberapa maklumat berkaitan kerana masalah capaian internet. Jadi, jika mahukan sebarang pertanyaan dan maklumat untuk memanggil kami nanti. Jom ke www.linuxvarsiti.org.


Ubuntu 9.04 Jaunty Jackalope - Penamat Untuk Usplash?

    Tak taulah mana saya dapat maklumat ni, tapi sedang seronok singgah blog dan laman web saya terbaca dimana Usplash akan digantikan dengan Plymouth yang dibangun oleh RedHat. Pelik juga memikirkannya. Sebelum saya menceritakan apa yang pelik, saya akan cuba terangkan secara ringkas tentang Plymouth dan Usplash ni.

    Usplash adalah salah satu aplikasi yang diselia oleh Canonical Inc, syarikat yang bertanggungjawab membangun Ubuntu yang juga merupakan projek komuniti Ubuntu yang menggantikan skrin teks yang bergerak (seperti dalam terminal/konsol anda) yang basa muncul dalam OS berasaskan Linux kepada antara muka yang bergrafik. Ia dibangun untuk menggantikan bootsplash, yang juga menggunakan kernal yang sama. Usplash menggunakan Linux framebuffer interface atau alternatifnya, akses terus VESA (Video Eletronic Standard Association) untuk memaparkan skrin splash.

    Berbeza dengan Plymouth, ia dibangun diatas sistem dengan DRM modsettings drivers. Idea yang digunakan juga sama dengan Usplash, dimana menutup skrin teks bergerak. Memandangkan Plymouth ni hanya berfungsi dengan DRM, Plymouth akan menggunakan semula skrin teks jika tiada sokongan tersebut.

    Jadi, yang memelikkan saya, kenapa Canonical hendak memberhentikan penggunaan aplikasi sendiri dalam Ubuntu, distro Linux yang dibangunkan mereka? Dengan soalan itu, sebenarnya saya beranggapan bahawa "Ubuntu perlu lebih menarik". Selain itu mungkin jika Plymouth yang dibangunkan RedHat itu boleh dibangunkan bersama, mungkin aplikasi itu boleh menjadi lebih baik, tambahan menjimatkan kos. Maklumlah, ekonomi sekarang makin merudum.

    Ada lagi sebenarnya yang memelikan dengan situasi ini, cuma saya tak tahu macam mana hendak dijelaskan. Mungkin anda ada pendapat berbeza?


 


ikuti saya melalui

 


Dari Pengulas

12/02/2009 03:55

Jom Berdokumentari!

Ingat lagi Dokimentari Mini Parlimen Ampang yang dijana Jom Linux? Kali ini saya nak buat perkara yang sama tetapi dengan skop yang lebih besar - seluruh Malaysia. Tapi, nak merialisasikan perkara ini sukar kerana masalah pengangkutan dan perbelanjaan menjadi faktor utama. Jadi, idea datang lagi...

Read more

—————

26/01/2009 16:59

Terkenang zaman DOS

    Ingat lagi zaman DOS dulu. Mana tidaknya, semua perkara mesti dilakukan dengan menaip command line. Jadi dalam memperingati zaman itu, saya serap kali menggunakan X Session dalam Ubuntu. Tak susah, cuma tekan kombinasi ctrl+alt+F1 hingga F6. Kembali ke X Org Session, ctrl+alt+F7....

Read more

—————

14/12/2008 02:21

One Linuz

Mungkin anda tertanya-tanya apa One Linuz tu? Sebenarnya hanyalah blog yang saya suka-suka buat untuk buat post terutamanya tentang Linux. Maksud saya disini adalah untuk review beberapa distro Liinux yang terdapat di dunia ini. Bukan tka mahu buat artikel dalam laman ini tetapi berilah keadilan...

Read more

—————

18/11/2008 20:09

Kolej Shahputra Linux User Group

Yup, saya sudah mengumpulkan beberapa ahli untuk merialisasikan projek ini. Setakat ini saya ada mengumpul seramai 4 orang ahli kuat yang terdiri dari pelbagai pengkhususan pengajian dan akan melakukan impak pada semester depan untuk mencari lagi ahli baru. Nantikan posting saya tentang perkara ini...

Read more

—————


The Linux Counter - Linux User Counter

Ubuntu Linux International (Canonical Ltd)
Ubuntu LoCo Team Malaysia
Ubuntu for Malaysian
One Linuzz Life
Blog Sempoi - Aku Bosan Aku Blog
All For Linux
My Linux Life
Ubuntu Seekers:Resolusi Masalah Ubuntu Anda
CO.CC:Free Domain